Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Resepi Biskut Kentang / German Cookies 
Resipi : Chef Florence

Bahan-bahan
250gm mentega
100gm gula icing
250gm tepung kentang
100gm tepung gandum
1 biji putih telur

Hiasan : Sugar colours

Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga berkrim, masukkan putih telur dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10gm) bulatkan dan golek bahagian tepinya dengan sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang di sukai. Gunakan spatula untuk membuat bentuk diamond di atasnya.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.

RESEPI BISKUT RAYA : BISKUT CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2/.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3/.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4/.Bakar sampai masak.

Resepi Biskut Raya - Chocolate Cheese Cream

Bahan-bahan:
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor/gula halus
80 gm chocolate masakan dicairkan
2 biji telur gred B
1/2 sudu besar chocolate emulco

Cara-cara:
1. Putar cream cheese dan gula sehingga bercream
2. Masukan esen vanilla dan telur dan pukul lagi sehingga rata,ketepikan dua tiga sudu adunan putih utk lorekan
3. Masukan coklat cair dan coklat emulco dalam lebihan adunan tadi, putar sehingga licin dan tak berketul
4 Masukan adunan kedalam piping bag dan picit sehingga penuh kedalam kulit tart
5. Untuk lorekan masukan adunan putih yg diketepikan tadi kedalam piping bag, gunting sedikit hujung nya dan dot2 kan diatas adunan dan lorekan dengan pencungkil gigi
6. Bakar pada suhu 160'C selama 10 minit,sentuh cream dengan jari jika tak melekat maknanya dah masak jika tidak bakar lagi seminit

Resepi Biskut Raya - Red Velvet Cookies

Bahan-bahan..(utk 300 biji)

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm white coklat cip

Cara-caranya..

1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.

RESEPI BISKUT RAYA : MOCHA CASABLANCA COOKIES

Bahan-bahannya:-

Bahan A:
210 gm Mentega
80gm gula aising
2 sudu teh cappucino emulco
1/2 tsp garam

Bahan B - diayak bersama
220gm tepung gandum
50gm tepung jagung (saya tak masukkan)
20gm tepung kentang (saya guna 70gm tepung kentang)
2 sudu besar susu tepung
1/2 tsp serbuk penaik
50gm coklat rice (saya tak masukkan sebab tak ada)
Hiasan : Coklat Chip

Cara-caranya:-
1. Putar semua bahan A sehinggan ringan dan kembang
2. Masukkan semua bahan B. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh
3. Picitkan doh dengan muncung aising 4ft dan hiaskan dengan coklat cip
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit

Resepi Biskut Bunga Cina

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai).
8. Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas.

Bahan-Bahan:

5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan
paper cup, secukupnya


Cara Membuat:

Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Resepi Biskut Mama Carey

Bahan-Bahan:

200 gm mentega, premium Anchor butter
100 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla
260 gm tepung red rose atau tepung gandum*
50 gm tepung jagung*
50 gm susu tepung*
Bahan untuk aising:
1 biji telur putih
90g gula icing
1 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat:

Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih berkrim, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
Ayak bahan bertanda *. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh seketika didalam peti ais, anggaran 10-15 minit.
Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran.
Susun dalam dulang pembakar yang telah di gris atau dilapik dengan baking paper. Bakar kuih selama 10-15 minit, atau separuh masak pada suhu 160 celcius. Sejukkan.
Paipkan atas biskut dengan aising dan corakkan/lorek atas biskut menggunakan chocolate emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.

Cara-cara untuk aising:
Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk doh:
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti:
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:
Sedikit gula icing


Cara Membuat:

1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.

2. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

3. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.

4. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.

5. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.

6. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips
Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Resepi Tart Nenas Gulung

Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi mencuba.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus


Cara Membuat:

Cara-cara untuk jem nenas:
Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan:
Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:
Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.


Resepi Biskut Chocolate Pretzel

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur (persamaan 2 biji telur gred A/B )
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya:

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan...


Resepi Chocolate Funde Brownies

Bahan-bahan :

2 bar coklat ( separa manis )
1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang


Biskut Marble Susu Cappucino

Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
6. Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
7. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.


Biskut Buah Kana

Bahan-bahannya:

90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya

Cara-caranya

1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh.

2. Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung.

3. Ketukkan acuan dan atur biskut atas loyang pembakar yang disapu marjerin.

4. Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak.

5. Biarkan suam dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi.Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.


Biskut Luscious Hazelnut Oat

Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening

80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste

Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch kisar
15gm serbuk hazelnut
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine (saya guna tepung gandum)
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras

Hiasan :
Putih telur

Oat
Dark cooking chocolate
Papercup

Cara membuatnya:

1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -1 40 degree selama 30 minit -45 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup
Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org