KEK LAPIS DURIAN 

BAHAN-BAHAN: 
- 220 gm Tepung gandum 
- 70 gm Gula aising 
- 1 Tin kecil susu pekat 
- 1 Tin kecil kaya
- 2 Sudu makan santan
- 50-100 gm Isi durian yang di kisar
- 5 Biji telur gred B
- 450 gm Mentega - Pewarna hijau - Pewarna kuning

CARA-CARA MEMBUAT:
①.Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
②.Masukkan telur dan pukul lagi.
③.Kemudian masukkan kaya.
④.Selepas itu, masukkan susu pekat kemudian tepung gandum.
⑤.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Bahagian pertama campurkan dengan isi durian dengan pewarna kuning. Manakala bahagian kedua pula campurkan santan dengan pewarna hijau kemudian gaul rata.
⑥.Masukkan adunan pertama ke dalam loyang sebanyak 6 sudu makan untuk 1 lapisan.Kemudian kukus selama 5 minit.
⑦.Selepas itu pula, masukkan adunan kedua di atas lapisan pertama tadi sebanyak 6 sudu makan juga dan kukus selama 5 minit.
⑧.Ulang langkah 6 dan 7 sehingga selesai.

Tagged:

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org