RESEPI PUDING JAGUNG LEMAK MANIS

Bahan-Bahan

-2 tongkol jagung rebus. [ dihiris ]
-1 cawan tepung kastard
-1/2 cawan tepung hoen kwe kuning [ putih pun takpe ]
-1 cawan gula
-3 cawan santan [ 1/2 biji kelapa ]
-1 1/2 cawan susu cair
-garam

Sos Kastard

-100 ml susu cair
-100 ml air
-1 sudu makan susu pekat [ kalau kurang manis tambah lagi ]
-1/2 sudu makan tepung kastard
-1/2 sudu makan mentega

Cara-Cara
Satukan kesemua bahan dalam periuk.
Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau.
Masak adunan tersebut sehingga pekat dan berkilat. Tutup api.
Tuang dalam loyang atau acuan yang telah dibilas dengan air terlebih dahulu.
Sejukkan dan boleh dinikmati.
Untuk sos kastard, campur dan kacau rata semua bahan sos kastard dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api. Sejukkan dan sedia di hidang bersama puding.

Tagged:

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org