Resepi Bersahur dan Berbuka - Toufu Telur Daging Ayam Cincang


Bahan-bahan:-
2 tube japanese egg tofu
150-200gm daging ayam cincang
1 batang karot (kecil sahaja) dihiris nipis
1 tbsp sos tiram (saya guna 1/2 tsp sahaja)
1 tbsp kicap manis
1 biji telur
garam dan lada sulah
sedikit tepung jagung
1 cawan bancuhan tepung jagung (saya masukkan 1 sudu makan tepung jagung + air)
Daun bawang-dihiris nipis untuk hiasan
sedikit bawang goreng

Cara-caranya:-
1. Potong dua tofu...potong ikut garisan putus-putus yang terdapat dipembungkus tofu
2. Perlahan-lahan tekan hujung bungkusan tofu sambil tolak keluar tofu
potong tofu dalam hirisan yang lebih kecil dan taburkan tepung jagung diatasnya
3. Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum dituang minyak dan goreng tofu sehingga keperangan. Berhati-hati supaya ia tidak hancur. Pastikan ia benar-benar sudah perang sebelum dialih kesebelah lagi
4. Gaulkan daging ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. 
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sehingga ia kelihatan separuh masak dan dagingnya terpisah. Tambah karot, sos tiram, kicap dan kacau selama 2 minit
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak lagi selama 2-3 minit sehingga ia nampak mendidih.
7. Pecahkan telur dan masukkan dalam kuali. Kacau perlahan-lahan
8. Masukkan tofu dan balikkan sekali dua hanya untuk membolehkan daging meliputi tofu.
9. Hidangkan dengan ditabur daun bawang yang dihiris dan taburan bawang goreng jika suka

Selamat bersahur dan berbuka 

Tagged: , ,

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org