RESEPI MINUMAN MANGO SAGU
Bahan-bahan ( 2 - 4 gelas (bergantung pada saiz) ):
1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 1C + 1/4C
1/4C biji sagu kecil - boleh dikurangkan kpd 1/8C
1/2C susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 1/4C) @ 1/2C susu sejat/evaporated milk + 4sb gula
1/2C susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional
Cara-cara:
Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.
Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.
Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.
Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.
Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas/pudding cup.
Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
0 comments:
Post a Comment