RESEPI BERBUKA - HALWA MASKAT
Bahan A (Diayak bersama)
300 gram tepung gandum
300 gram tepung sagu
Bahan B
1200 gram gula pasir
1600 ml air
600 gram minyak sapi
2 gram buah pelaga, ditumbuk halus dan diayak
2 gram buah badam, direndam dengan air panas untuk membuang kulitnya dan dihiris halus lalu digoreng dengan 150 ml minyak kacang
2 gram kismis
Cara-caranya
1. Isikan Bahan A dalam periuk yang besar. Rendamkan ia dengan air (dua kali ganda tepung dan simpan selama 2 hari. Tetapi pada setiap pagi hendaklah dikacau tepung itu dan dibiarkan mendap, dan pada sebelah petangnya pula dibuang airnya dan diganti dengan air baru.
2. Masak Bahan B hingga mendidih. Masukkan tepung yang direndam (buang airnya dahulu) besama-sama minyak sapi lalu dikacau rata-rata hingga mendidih dengan menggunakan api yang sederhana.
3. Apabila kuih mendidih, masukkan badam, kismis dan serbuk buah pelaga sambil dikacau-kacau supaya tidak hangus. Apabila kuih msak, iaitu apabila kita cecahkan jari padanya ia tidak melekat, boleh diangkat.
4. Siapkan loyang atau dulang yang disapu dengan sedikit minyak di sekelilingnya. Tuangkan halwa maskat tadi, ratakan sambil ditekan-tekan supaya kemat dan licin dan biarlah ia sejuk.
Nota: Sebaiknya kuih ini disiapkan dua hari sebelum dipotong dan dihidangkan
0 comments:
Post a Comment