Resepi Double Chocolate Pudding

BAHAN BAHAN:
25 g serbuk agar2
5 biji kuning telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
300 g gula
Secubit garam
100 g coklat masakan
100 g coklat putih
2 sudu besar esen vanilla
1 liter air
Sehelai daun pandan dicarik & disimpulkan

CARA MEMBUATNYA
Campurkan serbuk agar2 dengan air, gula & daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut kesemuanya, tutup api & keluarkan daun pandan
Dalam bekas berasingan, campurkan telur, susu cair, tepung kastad & secubit garam, kacau2kan sebentar & tapiskan
Masak semula agar2 dan masukkan adunan diatas tadi sambil dikacau2kan, tunggu sehingga mendidih baru ditutup apinya
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyaknya
Selepas itu, ambil coklat masakan biasa dan cairkan secara double boil, apabila sudah cair tuangkan ke satu bahagian agar2 & dikacau sehingga rata kesemuanya
Buat perkara yang sama dengan coklat putih pula, tuangkan ke satu lagi bahagian agar2, kacau rata juga
Ambil acuan agar2 dan tuangkan adunan agar2 berselang seli antara satu sama lain. Tunggu satu bahagian agak keras baru dituangkan bahagian yang lain pula. Buat sehingga habis kesemuanya
Masukkan ke dalam fridge selama beberapa jam & sedia untuk dimakan.

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org