RESEPI PUDING SARANG BURUNG

Bahan-bahan:

Bahagian Dalam:
8 g agar2 bertali
90 g susu cair
1 biji telur diambil bahagian kuningnya sahaja
6 cawan air
120 g gula pasir
Sedikit buah2an campuran dipotong kecil2 & 1 cawan airnya
Sedikit pewarna kuning
1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan

Bahagian Luar:
15 g agar2 bertali
150 g gula pasir
10 cawan air
1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan

CARA MEMBUATNYA
Untuk bahagian dalam puding :- Agar2 dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk, tambahkan air dan daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut kesemua agar2, masukkan gula & kacau2kan dan tunggu hingga gula larut dan perlahankan api

Dalam satu mangkuk, kuning telur dipukul sebentar, masukkan susu cair dan kacau2kan

Keluarkan daun pandan dari larutan agar2, masukkan adunan kuning telur & susu kedalam larutan agar2 tadi dan kacau2kan di atas api yang sederhana buat seketika

Tutup apinya dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras
Apabila dah keras, keluarkan dari loyang dan ambil penyagat & sagatkan agar2 hingga habis

Untuk bahagian luarnya :- Masukkan agar2 & air + 1 cawan air dari buah2an campuran dlm tin dan masak sehingga mendidih & tambahkan gula, kacau2kan tunggu hingga mendidih & larut kesemuanya

Gunakan acuan agar2, masukkan agar2 yang disagat tadi kedalam acuan, cukuplah separuh saja, jangan sampai penuh

Masukkan pula buah2an campuran yang sudah dipotong agak kecil ke dalam acuan tadi

Yang terakhir, tuangkan agar2 bahagian luar tadi sehingga memenuhi acuan agar2

Biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam fridge sebelum dinikmati.

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org