Resepi Homemade Mee Kuning
Bahan2nya:
(1kg tepung = 2 kg mee kuning)
1kg tepung gandum
400 ml air
2 sudu besar air abu
Sedikit pewarna kuning telur
1 sudu kecil garam
Air untuk merebus
Sedikit minyak masak
Cara2nya:
Campurkan air abu ke dalam air dan masukkan beberapa titis pewarna kuning telur dan garam, kacau hingga larut garamnya
Tuangkan ke dalam tepung yang diletakkan dalam mangkuk adunan
Uli sehingga menjadi doh tetapi doh mee agak kering, bukan macam doh karipap ya!
Bahagikan doh menjadi beberapa bahagian
Ambil doh dan masukkan ke dalam mesin mee pada no 1. Ulang lagi sehingga menjadi kepingan yang rata
Sementara tu, didihkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus mee
Tukar ke nombor 7 pada mesin mee dan masukkan kepingan doh tadi dan putarkan ia sehingga keluar mee
Ambil mee dan rebuskan mee sekejap je, angkat cepat2 bila mee timbul di permukaan air
Toskan ia dan lumurkan sedikit minyak pada mee itu supaya tak melekat2.
0 comments:
Post a Comment