Resepi Puding Cendol nangka

Lapisan atas:

300ml air
90gm gula pasir
150ml santan pekat (santan kotak)
5 gm serbuk agar-agar
125gm cendol
125gm nangka (dipotong kiub kecil)
sedikit garam
1/2 tsp tepung jagung (sy tambah)

Lapisan bawah:

300ml air
100gm gula merah
150ml santan pekat (santan kotak)
5 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-caranya:-

Lapisan Bawah:
Basahkan acuan yg hendak digunakan dan masukkan kedalam peti ais sementara bancuhan bahan dibuat.
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dan masak sebentar. Kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan nangka. Biarkan sehingga mendidih.
Asingkan nangka dari air gula dan ketepikan.
Santan dicampurkan dengan tepung jagung dan kacau sebati. Masukkan garam sedikit didalam santan tersebut.
Apabila air gula sudah mendidih, masukkan santan dan kacau sehingga mendidih sebentar. tutup api.
Keluarkan acuan dari peti ais. sudukan sedikit nangka dan sedikit cendol,masukkan kedalam setiap mangkuk. bahagikan sama rata.
Masukkan lapisan bawah dalam setiap acuan. Kacau sedikit dengan sudu supaya cendol dan nangka rata bersama agar-agar.
Biarkan sehingga keras. Apabila keras, gores-goreskan sedikit mengunakan belakang sudu.

Lapisan atas:
Masukkan air dan gula melaka kedalam periuk dan masak sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
Masukkan semula kedalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih.
Masukkan telur kedalam santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam sedikit.
Masukkan santan setelah agar-agar mendidih. Kacau sentiasa dan biarkan sehingga agak2 hendak mendidih. tutup api dan angkat.
Tuangkan keatas lapisan bawah dengan perlahan-lahan. sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya ia jatuh dengan perlahan.

**Saya buat separuh dari resepi asal so jika anda hendak buat banyak sila doublekan resepi diatas.Sukatan yang saya buat ini boleh memuatkan 7-8 bekas kecil.

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org