AGAR AGAR GULA MELAKA BERSANTAN

BAHAN BAHANNYA:
20 g serbuk agar2
1.8 liter air
250 g gula pasir
100 g gula melaka
1 sudu teh chocolate emulco
Santan pekat dari 1 biji kelapa
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpulkan

CARA MEMBUATNYA:
Mula2 masak serbuk agar2 dengan air & daun pandan sehingga agar2 hancur.
Asingkan 2 cawan agar2 dan masukkan santan dan sedikit garam. Masak sekejap je.
Agar2 yang selebihnya dimasukkan gula pasir, gula melaka, emulco dan masak hingga semua hancur.
Agar2 bahagian santan dituangkan ke dalam bekas dan biar ia keras.
Dah keras, boleh la diterap gunakan acuan yg berkenan di hati, akak guna small flower cutter
Letakkan bunga2 kecil yang diterap dari agar2 santan tu kedalam apa2 bekas.
Masukkan larutan agar2 bergula pula ke dalam bekas tu separuh je asalkan bunga2 tenggelam.
Tujuan supaya bunga2 tu berada di bahagian atas bila dikeluarkan dari acuannya.
Jika bubuh penuh nanti bunga2 akan timbul ke permukaan, tak cantik la beb...
Dah keras sikit tu masukkan lagi larutan agar2 sampai penuh bekas acuannya.
Dah keras boleh la dikeluarkan dari acuannya.Sedap dimakan selepas disejukkan dalam peti ais.
* Boleh juga buat cara senang, iaitu tuangkan santan kedalam periuk agar2 bergula dan kacau sekejap. Tutup api, dan tuangkan ke dalam bekas untuk dikeraskan.

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment

Aneka Resepi Raya © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org